26 June 2014

Seminar Bangun Selepas Jatuh Part I

Dah lama tak pergi seminar mana-mana. Lepas dah stop buat biz yang dulu tu memang takde rasa nak pegi seminar lagi. Baik la melepak di rumah bersama keluarga tersayang.hahahaha.. aku ni bukan rajin sangat pon..paham-paham je la... Dulu memang rajin bebeno pergi seminar sana sini sampai mak siap tegur lagi... Apa yang sibuk beno ko nih sampai hari cuti tu manjang ada program jek..sentap u ollss... mak kot yang tegur tu.. belum suami..kalau suami, ko rasa? tak payah jawab..jawab dalam hati sudahhh...


Last week, aku telah dinamakan untuk ke Seminar Bangun Selepas Jatuh kelolaan Tuan Baharuddin Mohamed a.k.a Coach Baha dan juga Tuan Ikram Al-Banjari oleh Kak bos HKcc Team. Masa dimaklumkan di wassap group ada 5 orang yang terpilih atas tajaan HKcc Team dan salah satunya nama aku, secara otomatiknya terus bergenang ayor mata... Sesungguhnya, beliau tahu aku perlukan ini. Allah...memang tak terkata.. Bila bagitahu suami, beliau senyum lebar. Tak tahu apa maknanya, kerana beliau adalah saksi jatuh bangun semangat aku dalam buat bisnes sebelum ni.


Ini yang Kak Bos update kt FB..yg kt wassap x larat nk scroll..hahahaha...

Sesungguhnya, Allah menduga bila DIA rasa perlu. Bila tahu kena pergi, kepala ligat dok pikir nak pegi cemana? nak tumpang siapa? tanya si Nor, dia pulak dari Serdang, baru nk tanya kak umi dia kata tak pegi pulak ganti ngn kak Jarah. So lega la, ada orang nak tumpang. Lagi sehari nak pegi kak Jarah bagitahu tak boleh pergi sebab suami dia tak sihat. Lagi sekali memikir nak tumpang sapa. Kebetulan pulak sabtu malam ada kenduri di kampung, seminar hari ahad. Kompom kena balik Nilai malam tu jugak selepas abis kenduri. Wassap kak umi bagitahu kalau takde transport tak dapat la nak pegi. 

Ko memang menempah maut bagi alasan macam tu kat kak umi. hahahahaha... 
Sila tgk dia jawab apa...

Ko nampak tak? Memang takleh bagi alasan kan? =)

Aku dah serabut. Semangat nak pergi dan taknak sia-siakan peluang yang datang. Bincang dengan suami, dia rilek jek.. dia cakap, xpe2..ada masa lagi nak pikir..hahahaha...Lastly, kak umi suggest tanya pada Isz sbb dia dok putrajaya. Dengan selamba kodoknya aku pon deal dengan Isz. Alhamdulillah, Isz kata boleh tumpang. Dah la tak penah jumpa, pastu tetiba nak tumpang..bayangkan perasaan aku di kala itu..hahaha... Dengan dugaan pasal transport, pastu dugaan pasal anak pulak, si kecik Iman tu selsema dan meragam je.. pagi-pagi dah menangis tak tau kenapa. Macam dia tau pulak nak kena tinggal dengan Omma dia neh satu hari..huhuhu.. Sekali lagi, suami main peranan. Katanya, syg pergi je seminar tu, hal anak abg settle kan.. yang penting pegi kaut ilmu tu..Allah...aku menangis dalam hati.


Mujahid & Mujahidah Ibu dan Abah

Oh! Mesti ramai yang pikir, laaa..nape tak suruh suami hantar je pegi seminar tu? Kat UIA je kot? Bukan suami tak boleh hantar tapi si kecik Iman tu bukan boleh duk dalam car seat tu lama-lama. Sat gi dia melalak suruh angkat dia. Si Kakak Zara ok je sebab dah besor. Buktinya, lepas suami hantar aku ke putrajaya, sepanjang jalan si Kecik Iman tu menangis sampai tertidur. Suami terpaksa berhenti beberapa kali sepanjang perjalanan dari Putrajaya ke Nilai tu untuk pujuk Iman. Dah pujuk, letak balik dalam car seat melalak la semula...apa nak buat nak, Omma ko neh pergi berjuang menuntut ilmu.. cewahhhh... hahahahaha...


Lambat dok blakang..hahahaha...
Memang menguji betul untuk hadir ke seminar tu. Mungkin bagi org lain kecik je tu.. bukan ujian sangat tapi lebih pada nak cari alasan..hahahaha....tapi bagi aku yang baru nak bangkit dari kejatuhan ni memang benar-benar menguji. Rasa dah hampir-hampir nak kalah bila nak buat keputusan tak pergi dengan alasan takde rezeki la kali ni..tapi pikir balik, kau tak cukup usaha sebenarnya. "Allah sedang uji untuk tengok kesungguhan diri".... kata suami.... Benar! pasal transport, pasal anak, pasal suara-suara yang bising dan sindir sebab tak bungkus lauk kenduri pastu cepat je nak berambus lepas habis kenduri tanpa tolong kemas..(ni memang salah sendiri la kan..tapi dah kul 11 kot masa tuh..hohohoho...) Sabar..sabar...sabar...


Syukur Alhamdulillah...akhirnya sampai juga aku di seminar itu. Hadir juga aku dalam majlis ilmu itu. Allahuakhbar! Seronok, teruja, gembira semua ada. Jumpa dengan team HKcc yang sebelum ni borak dalam wassap je..berkenalanlah kami..yang bestnya, jumpa baru first time, tapi bila sembang macam dah lama betoi kenal..hahahha... Itulah Ukhwah yang terbina di dalam HKcc Team. Subhanalllah... 



Tengok! Wajah ceria kami walau baru pertama kali berjumpa.
Pic tuan punya tab mestilah jelas ok.. Macih Ai..hahaha..


Huishh...panjang plak entry ni ha.. sambung part II plak la.. 

tata... =)

No comments:

Post a Comment