Haida Kamaruzaman Collegen Cuppucino (HKCC)?
Macam tak pernah dengar pun?
Tak pernah nampak pon orang jual kopi ni kat kedai?
Kopi apa ni? Sedap ke?
Apasal kopi ni ada nama orang pulak ni?
Haaa..itu
adalah ayat-ayat yang terdetik bila aku tengok iklan kopi ni kat blog seorang
kakak satu tempat kerja dengan aku. Beliau amik kopi ni ketika sedang dalam
pantang bersalin anak no.2. Kebetulan aku sedang mengandung dan due pon dah
dekat. Kalau ikut apa yang beliau review di blog beliau tu kopi ni macam best
jek..paling aku suka bila beliau kata kopi ni sedap dan rasa kenyang!
Aha!! Itu yang kita nak ye puan-puan sebab konon-konon dalam pantang la nak
jaga supaya berat badan tidak naik mendadak. Eh ye ke tak naik?
Hahahaha….
Aku beli yang trial je dulu sebab takut nak beli
sekotak. Bimbang kalau rasa dia tak sedap dan aku tak lalu minum.. membazir!
Untuk makluman semua, aku ni memang jenis tak minum kopi or neskepe 3 in 1 tu
ye..even neskepe susu pon tak bape suke nak minom. Sebab tu la aku takot nak
beli sekotak. Aku pikir, sedap bagi orang lain tapi belum tentu bagi aku. Tekak
lain-lain kan..
Lepas bersalin aku masih takut untuk cuba minum HKCC
nih sebab ada kandungan herba. Aku takut anak aku kena kuning. Sekali tengok,
tak minum pon anak aku tetap jugak kena kuning. Hadoiihhh… Tak ke rasa rugi tu
tak minum?? Haaa..tapi ce tengok testimoni ni…
u ollsss rasa??
Lepas tu pulak tak jugak minum sebab takut rasa HKCC
ni tak sedap. Rasa takut tu macam nak minum racun…hahaha.. Entah macam mana
satu hari tu Allah gerakkan hati aku
untuk try la satu sachet HKCC ni.. tu diaaaaa…. perrrggghhh..
sedapnyeee…. rasa dia mild je.. rasa kopi tu ringan, x keras macam kopi lain,
lemak-lemak manis..patutlah disukai ramai.. Pendek kata, memang HKCC ni rasa
dia SODAP! Bayangkan aku yang bukan penggemar kopi mahupon neskepe boleh
rasa jatuh cinta dengan rasa HKCC nih.. Ce bayangkan lepas korang tengok depa
ni semua comment pasal rasa HKCC…
So, sebab sedap aku teruskan pengambilan HKCC. Dari
sesachet ke sekotak, dari sekotak ke tiga kotak lepas tiga kotak ke sepuluh kotak. Apa? Sepuluh
kotak? YA! SEPULUH KOTAK terus. After sebulan amalkan HKCC secara
konsisten, Alhamdulillah aku perasan ada beberapa perubahan dan kesan dan bonus yang aku
dapat rasa.
Antaranya:
Masalah kulit muka kering hilang!
· Aku ni memang
takde masalah kulit muka. Maksudnya tiada masalah jerawat la…Muka ok je Cuma
ada masalah kulit muka kering je..kekadang bila pakai bedak tu nampak la
mengelupas dan capuk-capuk skettt.. dah tak cantek..kahkahkah.. tapi lepas
amalkan HKCC, mengelupas dah kurang, kulit muka pon rasa moist2 gitu.. pastu my
sister tegur pasai apa kulit muka nampak GLOWING je... Hahahaha..
kembang sekejap u ollss.. Aku cakap la aku minom kopi collagen + vitamin C
lagi..terus dia pon nak.. Jeles la tuhhh…*bajet menawan*hahaha…
Extra Tenaga!
· Sebagai
wanita berkerjaya, isteri dan ibu, jadual kerja memanglah teramat padat. Habis
kerja di opis, bermula pulak kerja di rumah. Tambahan dengan kehadiran 2 orang
anak yang masih kecil, memang extra penat. Alhamdulillah, HKCC membantu dalam
memberi extra energy kat aku untuk uruskan kerja-kerja rumah. Jam 1.00
pagi masih gagah mengemop lantai rumah..ko mampu?? Hihihihi…
Mengawal selera makan!
· Walaupun niat
asal minum HKCC ni aku nak kurus dan kurangkan berat badan, nampaknya kurus dan
aku tu belum berjodohan lagi. *nak berjodohan cemana kalau makan ikot sedap jek...teettt... Harap maklum. Mungkin Allah belum izinkan lagi.
So, usaha tangga kejayaan! Tapi, yang bestnye, HKCC ni memang boleh mengawal
nafsu makan aku. Bila dah minum HKCC memang tak boleh nak makan banyak. Rasa
perut ni dah penuh dah…so makan pun sikit je..
“
Minum untuk sihat, susut itu bonus..”
Alhamdulillah, badan aku serasi dengan HKCC ni. Lain
orang lain kesan dan bonus yang diterimanya. Ikut penerimaan badan
masing-masing.
“Tiada selayaknya menghakimi kecuali
Allah Maha memberi.. Niat lillahita’ala untuk setiap kali sesiapa sahaja
menikmati dan mendapat manfaat
tersendiri sesuai dengan penerimaan diri. TIADA JANJI itu dan ini. Alhamdulillah..HKCC
tidak minta dipercayai kerana ia akan membawa kepada Syirik mempercayai selain
kuasa Allah Taala.. Segala khasiat herba HKCC, kami bergantung pada ZAT
ALLAH itu sendiri. Tiada nas utk
dibahaskan.
Wallahu'alam.
*Nota penting:
HKCC bukan ubat MENGANDUNG atau UBAT KURUS. Ia hanya minuman seharian berasaskan herba terpilih warisan nenek moyang. Ia InsyaAllah MEMBANTU seimbangkan hormon seseorang mengikut penerimaan badan. Ia mungkin membantu KESUBURAN serta BERAT BADAN ideal.
InsyaAllah. ..
Wallahua'alam
-HKCC spread love together-
HKCC bukan ubat MENGANDUNG atau UBAT KURUS. Ia hanya minuman seharian berasaskan herba terpilih warisan nenek moyang. Ia InsyaAllah MEMBANTU seimbangkan hormon seseorang mengikut penerimaan badan. Ia mungkin membantu KESUBURAN serta BERAT BADAN ideal.
InsyaAllah. ..
Wallahua'alam
-HKCC spread love together-




