19 July 2014

Baby Iman Bebas Selsema dan Kahak dengan SKBP

Kalau korang ingat lagi aku pernah buat entry pasal anak aku si Iman yang kena amik neb 4 hari berturut-turut pastu aku bagi Iman Poevoo... tak ingat sila tgk kt sini POEVOO.

Actually, selain bagi poevoo, kak ummi suggest suruh bagi SKBP kat anak aku... aku memula tu mcm tak bape nak hapek la apa dia cakap..hahhaha.... pastu bila terbaca cerita kak bos pasal anak buah dia yang amik SKBP kt whatsapp group..aku rasa mcm 'why not aku coba dulu' tak rugi pon sementelah si Iman ni memang minum susu kambing pon... Ohhhh...lupa nak bgtau apa kebenda la plak SKBP tu yek...ko ingat sume org tau short form tu ye dak?? miahahaha...

Ok, SKBP tu ialah SUSU KAMBING PLUS BEE POLLEN
Tak penah dengar? 
Mana ghopenya susu kambing tu?
Nah..sila tengok....

SUSU KAMBING PLUS BEE POLLEN (SKBP)
SKBP ni banyak la dia punya khasiat.. tapi aku nak share testimoni anak aku sendiri dulu.. nanti aku reveal lagi apa khasiat dan testimoni dari pengguna yang lain pulak ye...

Silakan ikuti kisah ini...

Kronologi pemberian Susu kambing Bee Pollen (SKBP) kepada Muhammad Nur Iman (11 bulan) 

■■■■■■■■■■■■■

Kes : 

●Iman selsema + kahak penuh dlm paru - paru dan terpaksa ambil nebuliser selama 4 hari berturut-turut setiap 4 jam sekali. Last sekali kena rujuk ke pakar kanak-kanak.

Sebelum SKBP :


●Bagi ubat yg dibekalkn doktor pakar untuk kurangkan wheezing dan muntah. Tapi iman tetap tak muntah. Lepas bg ubat baru hingus dia mengalir keluar. Sebab tu kena amik nebuliser. Hingus dan kahaknya berkumpul kt dalam paru-paru menyebabkan dia sesak nafas.


Selepas SKBP :


● Atas cadangan kak ummi, beli sekotak SKBP untuk bagi pada iman. Mula2 bagi campur dgn susu dia. Lepas seminggu bagi, 1 hari cikgu di taska iman call bgtau Iman dah 3 kali muntah. Dari opis terus balik ambil Iman di taska. Kesian tgk dia..lembik sbb bnyk kali muntah. Sampai rumah, iman muntah lagi. Tengok muntah dia cuma susu dan lendir2.


● Call semula cikgu taska dia tanya iman muntah apa. Beliau kata iman muntah lendir2 dan susu je. Allah! teringat yg bg dia SKBP. Tp bawa juga dia ke klinik takut klu ada sebab lain. Doktor kata mmg elok dia muntah keluarkn kahak. Dan paling best bila doktor kata paru-paru dia clear. Subhanallah!


● Balik klinik x bg pon iman ubat tu, cuma sapukan poevoo dan bg susu + skbp..terus dia tidur. Lena....Alhamdulillah... lega sangat! Dan yg perasan bila mula bagi SKBP, hingus iman asyik mengalir je. Sebelum ni mkn ubat baru keluar.


● So, stopkn semua ubat doktor dan cuma bagi SKBP dan juga poevoo sahaja. Tawakal pada Allah moga cara ini membantu.


● Selepas 4 hari, ms amik Iman di taska waktu balik, cikgu dia bgtahu, Iman muntah lagi tapi sekali je dan yg keluar hanya
KAHAK HIJAU. Allah! sekali lagi rasa lega sangat2. Lebih-lebih lagi iman makin ceria x seperti sebelum ni lemah je tgk dia...


● Masih teruskan SKBP & Poevoo setakat ni. Kalau nampak Iman mcm ssh nak bernafas terus sapu poevoo di dada dan belakang dia. Dan, Alhamdulillah setakat ini cara itu buat dia boleh tidur lena bila malam.


Kini Iman dah pun umur 1 tahun 13 hari...Alhamdulillah makin ceria dan aktif... (^_^)


My Prince Iman, si budak dundang..hahaha.....

26 June 2014

Seminar Bangun Selepas Jatuh Part I

Dah lama tak pergi seminar mana-mana. Lepas dah stop buat biz yang dulu tu memang takde rasa nak pegi seminar lagi. Baik la melepak di rumah bersama keluarga tersayang.hahahaha.. aku ni bukan rajin sangat pon..paham-paham je la... Dulu memang rajin bebeno pergi seminar sana sini sampai mak siap tegur lagi... Apa yang sibuk beno ko nih sampai hari cuti tu manjang ada program jek..sentap u ollss... mak kot yang tegur tu.. belum suami..kalau suami, ko rasa? tak payah jawab..jawab dalam hati sudahhh...


Last week, aku telah dinamakan untuk ke Seminar Bangun Selepas Jatuh kelolaan Tuan Baharuddin Mohamed a.k.a Coach Baha dan juga Tuan Ikram Al-Banjari oleh Kak bos HKcc Team. Masa dimaklumkan di wassap group ada 5 orang yang terpilih atas tajaan HKcc Team dan salah satunya nama aku, secara otomatiknya terus bergenang ayor mata... Sesungguhnya, beliau tahu aku perlukan ini. Allah...memang tak terkata.. Bila bagitahu suami, beliau senyum lebar. Tak tahu apa maknanya, kerana beliau adalah saksi jatuh bangun semangat aku dalam buat bisnes sebelum ni.


Ini yang Kak Bos update kt FB..yg kt wassap x larat nk scroll..hahahaha...

Sesungguhnya, Allah menduga bila DIA rasa perlu. Bila tahu kena pergi, kepala ligat dok pikir nak pegi cemana? nak tumpang siapa? tanya si Nor, dia pulak dari Serdang, baru nk tanya kak umi dia kata tak pegi pulak ganti ngn kak Jarah. So lega la, ada orang nak tumpang. Lagi sehari nak pegi kak Jarah bagitahu tak boleh pergi sebab suami dia tak sihat. Lagi sekali memikir nak tumpang sapa. Kebetulan pulak sabtu malam ada kenduri di kampung, seminar hari ahad. Kompom kena balik Nilai malam tu jugak selepas abis kenduri. Wassap kak umi bagitahu kalau takde transport tak dapat la nak pegi. 

Ko memang menempah maut bagi alasan macam tu kat kak umi. hahahahaha... 
Sila tgk dia jawab apa...

Ko nampak tak? Memang takleh bagi alasan kan? =)

Aku dah serabut. Semangat nak pergi dan taknak sia-siakan peluang yang datang. Bincang dengan suami, dia rilek jek.. dia cakap, xpe2..ada masa lagi nak pikir..hahahaha...Lastly, kak umi suggest tanya pada Isz sbb dia dok putrajaya. Dengan selamba kodoknya aku pon deal dengan Isz. Alhamdulillah, Isz kata boleh tumpang. Dah la tak penah jumpa, pastu tetiba nak tumpang..bayangkan perasaan aku di kala itu..hahaha... Dengan dugaan pasal transport, pastu dugaan pasal anak pulak, si kecik Iman tu selsema dan meragam je.. pagi-pagi dah menangis tak tau kenapa. Macam dia tau pulak nak kena tinggal dengan Omma dia neh satu hari..huhuhu.. Sekali lagi, suami main peranan. Katanya, syg pergi je seminar tu, hal anak abg settle kan.. yang penting pegi kaut ilmu tu..Allah...aku menangis dalam hati.


Mujahid & Mujahidah Ibu dan Abah

Oh! Mesti ramai yang pikir, laaa..nape tak suruh suami hantar je pegi seminar tu? Kat UIA je kot? Bukan suami tak boleh hantar tapi si kecik Iman tu bukan boleh duk dalam car seat tu lama-lama. Sat gi dia melalak suruh angkat dia. Si Kakak Zara ok je sebab dah besor. Buktinya, lepas suami hantar aku ke putrajaya, sepanjang jalan si Kecik Iman tu menangis sampai tertidur. Suami terpaksa berhenti beberapa kali sepanjang perjalanan dari Putrajaya ke Nilai tu untuk pujuk Iman. Dah pujuk, letak balik dalam car seat melalak la semula...apa nak buat nak, Omma ko neh pergi berjuang menuntut ilmu.. cewahhhh... hahahahaha...


Lambat dok blakang..hahahaha...
Memang menguji betul untuk hadir ke seminar tu. Mungkin bagi org lain kecik je tu.. bukan ujian sangat tapi lebih pada nak cari alasan..hahahaha....tapi bagi aku yang baru nak bangkit dari kejatuhan ni memang benar-benar menguji. Rasa dah hampir-hampir nak kalah bila nak buat keputusan tak pergi dengan alasan takde rezeki la kali ni..tapi pikir balik, kau tak cukup usaha sebenarnya. "Allah sedang uji untuk tengok kesungguhan diri".... kata suami.... Benar! pasal transport, pasal anak, pasal suara-suara yang bising dan sindir sebab tak bungkus lauk kenduri pastu cepat je nak berambus lepas habis kenduri tanpa tolong kemas..(ni memang salah sendiri la kan..tapi dah kul 11 kot masa tuh..hohohoho...) Sabar..sabar...sabar...


Syukur Alhamdulillah...akhirnya sampai juga aku di seminar itu. Hadir juga aku dalam majlis ilmu itu. Allahuakhbar! Seronok, teruja, gembira semua ada. Jumpa dengan team HKcc yang sebelum ni borak dalam wassap je..berkenalanlah kami..yang bestnya, jumpa baru first time, tapi bila sembang macam dah lama betoi kenal..hahahha... Itulah Ukhwah yang terbina di dalam HKcc Team. Subhanalllah... 



Tengok! Wajah ceria kami walau baru pertama kali berjumpa.
Pic tuan punya tab mestilah jelas ok.. Macih Ai..hahaha..


Huishh...panjang plak entry ni ha.. sambung part II plak la.. 

tata... =)