18 June 2014

Kesibukan melampau...

Huaaa..lama betui la tak update ye.. maap la kesibukan melanda diri.. meh la kita bercerita apa yang sibuk bebeno la tu kannn...hahaha..

Minggu ni baru masuk kerja selepas seminggu cuti menjaga anak. Si Iman tak sihat. Dari hari sabtu minggu lepas sampai la hari isnin aku berulang ke klinik bawak dia amik Neb. Dia bukan semput tapi sebab selsema..yang memburukkan keadaan bila kahak tu berkumpul kat paru-paru..dia plak payah beno nak muntah.. so amik la Neb..sehari 4 jam sekali pi klinik... Penat ooi.. Lepas 3 hari, doktor kat klinik kata tak boleh nak bagi Neb lagi dah..kena rujuk pakar sebab kahaknya masih ada..

So, terus call klinik pakar kanak-kanak kat Az-Zahrah, Bangi nak buat appointment kekononnya..tapi depa kata petang tu dedua doktor pakar takde.. Allah.. rasa nak mengamuk pon ada..cemana plak bleh takde doktor yang stanby. Terus decide pergi pakar kanak-kanak An-Nur je la sebab sebelah je.. tak payah buat appointment walk in je.. Alhamdulillah..sekarang Iman dah sihat..dah pegi sekolah balik dah.. tapi sebab seminggu tak pegi sekolah..apa lagi hari pertama pegi melalak la..hahaha...

oh! lupa nak cakap.. selain ubat yang doc bagi, aku bagi Iman POEVOO - Al'Ard Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil.. Ini atas cadangan dari Team HKCC..Aku campur dalam susu dia dan juga sapu kat dada dan belakang badan. Sebelum tu memang malam dia tak lena tidur sebab tak selesa. Lepas sapu poevoo tu alhamdulillah..lena sampai ke pagi.. bangun sekali je nak susu... kat bawah ni gambo poevoo tuh...

Ini la rupanya POEVOO - Al'Ard Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil..
Hari khamis, giliran omma dia plak yang tumbang. Aku pulak selsema, demam dan batuk. Nak bangun pon tak larat. Suami ajak pi klinik tapi aku taknak.. malas nak ngulang klinik lagi..tak lalu dah.. beli ubat kat farmasi dan rehat kat umah...amik poevoo tu sapu.. dan mintak suami urut kepala dan kaki...pastu tido...Alhamdulillah...ada kurangnya.. boleh la bangun.. pi tapau makanan..hahahaha...

Kesimpulannya aku cuti la 5 hari..abis coti..kikiki...tapi demi anak rela ku redah. Bila anak tak sihat memang tak sampai hati nak hantar ke taska. Tu yang buat rasa nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa tuh..hehehe... InsyaAllah..satu hari nanti...aminnn..

Kalau dah seminggu tak masuk opis, dah kompom dah kerja selonggok menunggu. Tetiba blur nak buat yang mana...hahaha... Siap terlupa ada kursus dua hari. Tapi memang tak boleh nak pergi pun sebab kerja banyak nak disiapkan. Pastu kesian la kat boss.. Dah la cuti lama pastu nak sambung pulak 2 hari lagi tak masuk opis nak pegi kursus... ko rasa? So, call la urusetia bagi tahu tak dapat hadir. huhuhuhu.... Bereskan kerja-kerja yang tertangguh dan tertunggak dulu u ollss...

Now, tahu la kalian bahawa aku memang busy kan? hahahahha..

Sebelum tamatkan cerita ni, nak share jugak pasal kopi kecintaan nehhh.. sepanjang jaga si Iman, badan memang letih, tak cukup rehat tapi alhamdulillah, dengan izin Allah, HKcc memang bagi aku extra energy dan buat aku tak pedih perut. Kalau nak tahu, sepanjang 5 hari cuti tu aku jadi kurang makan. Sampai husband tegur.. Bayangkan, sarapan kul 10 pagi, lunch pukul 4 petang...Kalau dah penat mmg xde selera, lebih-lebih lagi aku demam pulak..lagi hilang selera.. Nasib ada HKcc sebagai penyelamat.. yihaaaaa!!!

ok la, jumpa lagi next entry..
Jangn lupa beli kopi.. (^_^)

Tata...

No comments:

Post a Comment